Assalamualaikum wbt
Apa khabar semua...hihi lama tak update resepi buat2 tanya khabar plak.. Bukan tak mahu update, tapi sebab memang takde projek masak atau baking yang special untuk di update..Hari ni sebenarnya hari yang sibuk sepatutnya tapi jadi macam tak sibuk. Eh apantah statement macam ni.. Sepatutnya hari ni ada dua jenis kuih yg perlu saya buat, tapi tetiba terjadi pula kuih yang ketiga, Crushed Daim chewy choc cookies (cd3c)..
Resepi ni saya guna resepi Kak Rima Bisos a toi, bezanya dia guna crushed butterfingers, saya guna chocolate Daim. Saya tambah juga sedikit coffee pekat dan serbuk koko.
Bhn2:3 cawan tepung ( all purpose + medium flour)
11/2 tsp baking soda
1 tsp garam
225g butter (saya guna tatura)
11/2 cup gula castor
1 biji telur gred A
2 tsp kopi pekat - bancuh dan sejukkan
2 tbs serbuk koko
15-20 bungkus coklat daimAyak tepung, serbuk koko,baking soda dan garam.
Hancurkan coklat Daim dgn food processor.
Bancuh kopi pekat dan sejukkan.
Panaskan oven 165° dan alas dulang pembakar.
Dalam mixing bowl masukkan butter, gula dan telur. Pukul sampai kembang.
Masukkan bancuhan kopi dan pukul lagi.
Masukkan bhn ayak dan coklat daim yang sudah hancur.
Kacau adun sampai sebati.
Masukkan dalam piping bag dan dropkan atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 165°c selama 10-12 min (cookies saiz 50sen).
No comments:
Post a Comment