Saturday, June 15, 2013

Resepi #13 : Beefsteak dan kentang putar sos lada hitam bersama salad timun tomato

Assalamualaikum wbt

Sekian lama tak kongsi resepi, hari ni kita keluarkan resepi steak yang menjadi kegemaran kami suami isteri..

Steak
500g daging batang pinang dipotong 2inci tebal dan diperap dengan garam dan lada hitam
2 sudu minyak zaitun

Perap daging bersama lada hiram, garam dan minyak zaitun
Panaskan kuali leper ( panaskan oven juga)
Layur daging setiap permukaan 4-6minit
Sambung masak di dalam oven dengsn mode grill selama 5-6minit
Rehatkan daging yang telah digrill selama 15min dalam bekas bertutup

Kentang putar
500g kentang rebus dan dilecek
1/3 cawan susu full cream dihangatkan
Garam dan lada hitam untuk perasakan
2 tbs butter

Rebus kentang dan lecek.
Panaskan susu dan tuang pada kentang lecek
Gaulkan sebati dan perisakan dengan garam dan lada hitam
Masukkan butter dan kacaukan sehingga sebati dan licin.

Sos lada hitam
2 tbs butter
2 tbs tepung
2 senduk stok daging (boleh guna air biasa sahaja)
1/2 cawan air
1/2 cawan susu full cream
Garam dan lada hitam
1 tbs cream cheese

Cairkan butter dan masukkan tepung. Biarkan tepung membentuk karemel ( browning)
Masukkan stok daging dan air. Biarkan didih. Masukkan susu
Perasakan dengan garam ( secukup rasa) dan lada hitam ( anggaran 2 tsp)
Biar didih dan masukkan cream cheese
Tutup api dan ketepikan

Salad
Hirisan timun
Hirisan tomato
2 tbs miyak zaitun
2 hirisan lemon
Garam

Gaulkan sayuran dengan minyak zaitunbdan perahkan lemon
Perasakan dengan garam

Cara menghidang

Letakkan salad dan kentang putar atas pinggan.
Hiris daging, masukkan daging yg telah dihiris dalam mangkuk yang ada lebihan jusnya
Siramkan dengan sos lada hitam.
Gunakan penyepit letakkan atas pinggan
Tuang juga sos lada hitam atas kentang putar
Ambil sudu dan garfu
Allahumma baariklanaa fi ma razaqtana waqina 'azabannar
Nom nom nom nom nom.... :)

Tips :
1. Buat kentang putar dan salad dulu dan sejukkan dalam peti sejuk.
2. Daging hendaklah dilembutkan secara kering, jangan direndam.
3. Jus daging yang terhasil bila daging masak boleh diguna untuk menambah rasa pada sos.

Sunday, January 6, 2013

Resepi #12 : Pavlova


Assalamualaikum wbt semua.. hihi lama tak update resepi.. Sempena tahun baru ni kita update resepi pavlova lah.. Ni pertama kali saya buat pavlova sendiri..  Purposely beli blueberry dan strawberry tu pun sebab nak buat pavlova.. Ok sekarang kita tengok resepi yeh :)

100g putih telur ( Anggaran 3 biji telur gred A)
3/4 cawan gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan - saya guna cuka cider
1/2 sudu besar tepung jagung
Oh macam biasa bila melibatkan meringue ni sebarang unsur minyak sila jauhkan dari putih telur tu ya.. Kalau tak dia tak mahu tumbuh tanduk hihi

Pukul putih telur sehingga berbuih.
Masukkan gula dan esen vanilla. Teruskan pukul sehingga bertanduk (stiff peak)
Masukkan cuka dan tepung jagung dan di fold dengan spatula
Alas loyang dengan parchment paper dan letak adunan atas kertas tersebut. Bakar selama 1 jam 15 min dengan 100c. 
Biarkan base pavlova dalam oven dengan pintu terbuka selama sejam.
 *  base pavlova dah ready bila kulit luarnya kering dan bila diusap bunyi crisp crisp..haha

Untuk creamnya saya guna non dairy cream brand Vivo
240g cream

Pukul sampai stiff peak. Letak atas atas meringue yang dah menyejuk. Letak buah2 berry potong dan ngap ngap ngap ngap...

Sunday, December 2, 2012

Resepi # 11 : Pastry creme

Assalamualaikum wbt..
Hye semua.. Lama tak update resepi kan.. Malu je, konon2 blog resepi tapi tak update..:p

Kebelakangan ni saya agak occupied dengan durian crepe.. Memandangkan sekarang ni memang menjadi dessert kegilaan.. Alhamdulillah rezeki Allah kan.. Kalau anda semua nak rasa boleh la dapatkan dari online store saya.. :)

Hari ni saya nak share resepi pastry creme. Pastry creme ni kalau kat Malaysia lebih dikenali sebagai custard.. Pastry creme ni boleh digunakan sebagai filling macaron atau filling puff atau filling crepe. Ada macam2 cara membuatnya di internet, so saya nk tambah lagi satu resepi.. Hihi

4 biji kuning telur
90g gula
50g tepung custard
450g susu
100g cream/ whipping cream

Campurkan semua bahan dan sebatikan.
Masak secara double boil. Sentiasa dikacau sehingga adunan kental.
Setelah kental, boleh diangkat dan tutup permukaan custard dengan plastik untuk elak ia ' membentuk kulit'
Sejukkan dan sedia untuk digunakan..

Senangkan?..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, October 12, 2012

Resepi #10 : Crushed Daim chewy choc cookies

Assalamualaikum wbt
Apa khabar semua...hihi lama tak update resepi buat2 tanya khabar plak.. Bukan tak mahu update, tapi sebab memang takde projek masak atau baking yang special untuk di update..

Hari ni sebenarnya hari yang sibuk sepatutnya tapi jadi macam tak sibuk. Eh apantah statement macam ni.. Sepatutnya hari ni ada dua jenis kuih yg perlu saya buat, tapi tetiba terjadi pula kuih yang ketiga, Crushed Daim chewy choc cookies (cd3c)..

Resepi ni saya guna resepi Kak Rima Bisos a toi, bezanya dia guna crushed butterfingers, saya guna chocolate Daim. Saya tambah juga sedikit coffee pekat dan serbuk koko.


Bhn2:

3 cawan tepung ( all purpose + medium flour)
11/2 tsp baking soda
1 tsp garam

225g butter (saya guna tatura)
11/2 cup gula castor

1 biji telur gred A
2 tsp kopi pekat - bancuh dan sejukkan
2 tbs serbuk koko
15-20 bungkus coklat daim

Ayak tepung, serbuk koko,baking soda dan garam.
Hancurkan coklat Daim dgn food processor.
Bancuh kopi pekat dan sejukkan.
Panaskan oven 165° dan alas dulang pembakar.
Dalam mixing bowl masukkan butter,  gula dan telur. Pukul sampai kembang.
Masukkan bancuhan kopi dan pukul lagi.
Masukkan bhn ayak dan coklat daim yang sudah hancur.
Kacau adun sampai sebati.
Masukkan dalam piping bag dan dropkan atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 165°c selama 10-12 min (cookies saiz 50sen).

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, October 3, 2012

Resepi #9 : Sourdough bread

Assalamualaikum wbt..
Hihi lama tak update kan.. Macam blank nak share resepi apa sebab masak pun lauk yang simple2... Hihi macam la resepi yang di share kat sini meletup2!!

Semenjak awal tahun 2012 saya gemar buat roti sendiri.. Salah satu sebabnya adalah kerana selera kami telah diperdaya oleh bau roti yang dibakar segar dari oven... 2-3 jenis yis saya try guna untuk buat roti ( mauripan, saf dan kijang), masing2 memberi rasa yang berbeza walaupun commercial yeast tu jenisnya sama saya.. Tu buat saya rasa nak try hasilkan roti dari dough yang diperam sendiri..

Kalau tengok dalam buku2 breadbaking mat saleh, sourdough ni popular betul... Lagilah saya berangan2 nak cuba.. So sedari minggu lepas saya mulakan prosesnya dengan membuat bread starter. Bread starter ni ada yis juga.. Tapi yisnya terdiri daripada pelbagai yis liar dari persekitaran.. Kalau dlm buku resepi ckp yis2 liar ni memberi rasa roti yang pelbagai juga...hiiiii lagi teruja nak rasa..

Resepi bread starter ;

Kulit mangga (daripada sebiji mangga)
3 sudu gula
Air
Tepung

{Hari 1-2}
Dalam satu balang masukkan kulit mangga, gula dan air ( sehingga tenggelam kulit mangga). Biarkan sehingga menghasilkan buih. Keluarkan kulit mangga untuk proses berikutnya.

{Hari ke 3-7}
Setiap hari tambahkan 1/3 cawan air dan 1/3 cawan tepung. Boleh dilihat pada tepung yang ditambah pada hari sebelumnya bubbling. Hidu juga bau starter tu, kalau ia berbau manis ( tapai), bermakna proses fermentasi starter berjalan dgn baik. Jika ia kelihatan kurang beraktiviti boleh letak sesudu kecil cuka untuk mengaktifkan persekitarannya ( saya tambahkan sedikit jus mangga).

{Hari ke 8 dan seterusnya}
Boleh digunakan untuk membuat roti atau terus menjadi starter (dan di beri makan..:p )

Resepi sourdough bread ;

500g tepung roti
250g starter
2 tsp garam
2 tbs gula - saya lupa letak
Air ( lebih kurang satu cawan setengah)

Campur semua bahan dan mix menggunakan hook sehingga adunan licin dan elastik - adunan yg sedia untuk dijadikan roti takka melekat pada dinding mixing bowl.
Selesai mengadun,rehatkan adunan sehingga naik sekali ganda - pastikan bowl ditutup.
Setelah naik, tumbuk adunan untuk sekatakan gas dalam adunan, rehatkan sekali lagi.
Bila doh dah naik, bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan dalam baking pan.
Rehatkan sehingga doh mengembang 3/4 baking pan dan boleh dibakar.
Bakar 200° selama 25-30 minit.
Biar sejuk sebelum dipotong.

~ oleh kerana lupa letak gula roti saya tawar- :( nak nanges!
~ roti saya dibakar dlm loaf pan
~ roti ni menggunakan starter mangga, tapi rasa mangga muncul bila roti habis dikunyah - after taste rasa tangy mangga.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, September 22, 2012

Resepi #8 : Sambal hitam

Assalamualaikum wbt..
Dah banyak minggu asyik banyak hal je bila weekend.. Weekend ni pun awal pagi dah pegi kenduri di Banting. Dah alang2 pegi Banting, kami terus lah menyinggah ke Pasar Awam Banting nak beli daging tempatan. Bila kat pasar ni mmg syok survey bahan2 masak yang rare.. Hihi so bahan rare kali ini ialah belimbing buluh.

Belimbing buluh ni selalu saya guna dalam masak lemak cili padi. Tapi kali ni saya nak try masak sambal hitam. Resepi saya refer blog Madihaa

Saya buat ;

1 cawan belimbing yg direbus
2 cawan ikan bilis
1 cawan cili padi
2 1/2 biji bawang holland
Gula
Garam
Kicap lemak manis
Minyak untuk menumis

Rebus belimbing dalam periuk tanpa air. Biar ia reneh dlm jusnya sendiri sehingga ia bertukar warna kecoklatan.
Hiris 1/2 biji bawang.
Blend cili, ikan bilis, bawang dan belimbing dlm food processor.
Tumis bawang hiris hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang di blend.
Goreng sehingga kering, perasakan dgn garam dan gula.
Masukkan sedikit kicap.
Tapis minyaknya dan sambal disimpan dalam bekas kedap udara.

Sangat heaven makan dgn nasik panas..SANGAT!!!!
Suami saya yang penah makan sambal hitam yang org Pahang buat kata " betullah rasa macam ni"

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, September 20, 2012

Resepi #7 : Baguette & Loaf bread

Assalamualaikum wbt...
Hihi macam lama tak update blog walaupun bukan ada regular reader...hihi.. Last week both of us a bit bz.. Ada urusan client firm yang membuatkan hb kena outstation.. So again im a part of luggage lah...hihi..

Kali ni hb ada urusan pusaka client di Pej. Tanah Ipoh dan Mahkamah Tinggi Ipoh.. So since my birthday was just around the corner, kami arrange a honeymoon vacation lah sekali.. Haha as a present for my birthday.. Tapi mak arrange sendiri ok...hihi

Memandangkan trip tu makan masa 4 hari 3 malam, maka kena la singgah tido di mana2.. Malam pertami kami tido di Hotel Flemington di Taman Tasik Taiping. Kami recommend hotel ni kepada sesiapa yg dtg jalan2 kt Taiping.. The room n the breakfast were worth paying.. Cuma yg kurang selesa bila ternmpak stok beer kt parking lot.. Tapi jangan risau, ada Raintree Cafe untuk halal food.

Malam kedua kami tido di Bukit Merah Laketown Resort, bilik kami di bahagian Laketown Hotel. Memandangkan kami (saya) lambat booking online, maka kami terpaksa ambik bilik deluxe yang boleh muat 4-5 org walaupun kami hanya berdua.. Bilik ok, tapi tang makan pula sedikit hmmmmm... Le Lac Cafe di BMLR ni a bit punctual dgn waktu buffet.. Tapi kalau anda datang siang2, ada hawker street untuk anda cari makanan lain2 selain dari cafe tu.. Kalau yang ada anak2, BMLR ni fun untuk waterparknya.. Tapi kena byr tiket lain la kly nk masuk main2 kat situ.. Guest yg stay kat situ ada potongan 10% untuk tiket.

Malam ketiga, ni dah otw balik Selangor. Tapi sbb letih kami singgah tido di Zamita Resort. Resort ni sederhana ja, RM50 semalam tapi biliknya sangat selesa..

Oh berbalik pada resepi gambar di atas, sebenar roti ni roti plain je.. Roti biasa je.. Cuma kadang2 saya suka bentukkan jadi baguette untuk lebih handy bila mkn.. Tak payah potong pisau bagai...hihi

Resepi roti

500g tepung
11g yis ( satu paket)
1+1 cawan air - satu cawan guna untuk bancuh yis
1/2 cawan susu sejat
3tbs brown sugar
11/2 tsp garam

bancuh yis dgn air suam. Letak 1/2 tbs gula sbg mknn yis. Biar sampai berbuih.
Dlm mangkuk besar masukkan tepung, garam dan gula.
Buat telaga tengah tepung dan masukkan bacuhan yis.
Masukkan susu dan uli.
Teruskan uli sambil masuk air sikit2.
Uli sampai permukaan adunan licin dan elastik. Tanda dah selesai tu bila adunan xlekat kat tgn.
Biar adunan kembang sekali ganda. Bila dah kmbang tumbuk adunan untuk sebarkan gasnya.ketatkan doh dan rehatkan sekali lg.
Dah kmbang, sebarkan gasnya lg dan bahagi2 ikut saiz dikehendaki.
Bentukkan, rehatkan kejap dan bkr.
Suhu 165° api atas bwh 25min untuk bentuk baguete, 45min untuk roti loaf.

Saya guna mixer 5liter volume, jadi mixer saya boleh mix adunan 1kg roti.. Jadi untuk roti ni saya just dump everything dalam bowl dan biarkan mixer bekerja... Haha dasar mls kan..

Published with Blogger-droid v2.0.6