Friday, August 31, 2012

Resepi #1 : Meatball bolognese spaghetti

Lama sungguh tak berblog.. Lebih2 lagi bila blog lama tetiba ala2 demam malaria.. Maka hari ni saya men set up blog baru yang berfungsi untuk mengkompilasikan apa2 hasil masakan yang dah termasak sebelum ni..hihi

So kita start entry resepi dengan satu resepi mudah lagi marvelous.. Haha mun-pel je ngaku marvelous.. Tapi mmg tak tipu..husband saya tambah tiga kali ok..:)

Meatball bolognese spaghetti

Bahan;

300g spaghetti direbus - saya guna angel hair
(simpan 1 cawan air rebuan untuk sediaan memasak kuah)

300g daging cincang ramly - saya guna daging dan kisar dalam food processor
1tsp garam
1tsp ground blackpepper
2tbs olive oil

Gaul semua bahan dan dikepal bulat2.
Panaskan saute pan atau pan grill, sear meatball tadi sampai permukaan luarnya nmpk brown caramel.
Setelah selesai semua meatball di pan sear, deglaze pan dgn air untuk tanggalkan jus2 meatball tadi dan ketepi air tadi. Pan sama digunakan untuk masak sos.

Setengah biji bawang besar dicincang
11/2tbs cili boh/ cili paste
4tbs tomato puree /paste
2 bay leaf
Secubit oregano
11/2 cawan jus deglaze daging
1/2 cawan air rebusan pasta
Garam secukup rasa

Tumis bawang sehingga wangi.
Masukkan cili paste dan tumis lagi.
Masukkan tomato puree dan daun bay. Masukkan air jus daging.
Biar reneh dan masukkan meatball yang sudah pan seared tadi.
Bila kuah mula memekat masukkan air rebusan pasta dan biar lagi sehingga reduce lagi.
Perasakan dgn garam dan oregano.
Sedia untuk dihidang.

Masa on plate, taburkan daun parsley cincang. Hihi tapi memandangkan saya tiada daun parsley hari ni, saya modified dgn daun ketumbar cincang.. Haha kalau kawan kucing saya makan mesti dia komplen bau kumbang..

# resepi bolognese itali tak letak cili paste kot, klu nak hot and spicy diorg makan dgn chili flakes.. Sila kumpul chili flakes Domino's banyak2.. Ni bolognese malaysian taste lah..hihi

P/s : macam sengal nak update blog..maklum la lama cuti..hihi

Published with Blogger-droid v2.0.6