Friday, October 12, 2012

Resepi #10 : Crushed Daim chewy choc cookies

Assalamualaikum wbt
Apa khabar semua...hihi lama tak update resepi buat2 tanya khabar plak.. Bukan tak mahu update, tapi sebab memang takde projek masak atau baking yang special untuk di update..

Hari ni sebenarnya hari yang sibuk sepatutnya tapi jadi macam tak sibuk. Eh apantah statement macam ni.. Sepatutnya hari ni ada dua jenis kuih yg perlu saya buat, tapi tetiba terjadi pula kuih yang ketiga, Crushed Daim chewy choc cookies (cd3c)..

Resepi ni saya guna resepi Kak Rima Bisos a toi, bezanya dia guna crushed butterfingers, saya guna chocolate Daim. Saya tambah juga sedikit coffee pekat dan serbuk koko.


Bhn2:

3 cawan tepung ( all purpose + medium flour)
11/2 tsp baking soda
1 tsp garam

225g butter (saya guna tatura)
11/2 cup gula castor

1 biji telur gred A
2 tsp kopi pekat - bancuh dan sejukkan
2 tbs serbuk koko
15-20 bungkus coklat daim

Ayak tepung, serbuk koko,baking soda dan garam.
Hancurkan coklat Daim dgn food processor.
Bancuh kopi pekat dan sejukkan.
Panaskan oven 165° dan alas dulang pembakar.
Dalam mixing bowl masukkan butter,  gula dan telur. Pukul sampai kembang.
Masukkan bancuhan kopi dan pukul lagi.
Masukkan bhn ayak dan coklat daim yang sudah hancur.
Kacau adun sampai sebati.
Masukkan dalam piping bag dan dropkan atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 165°c selama 10-12 min (cookies saiz 50sen).

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, October 3, 2012

Resepi #9 : Sourdough bread

Assalamualaikum wbt..
Hihi lama tak update kan.. Macam blank nak share resepi apa sebab masak pun lauk yang simple2... Hihi macam la resepi yang di share kat sini meletup2!!

Semenjak awal tahun 2012 saya gemar buat roti sendiri.. Salah satu sebabnya adalah kerana selera kami telah diperdaya oleh bau roti yang dibakar segar dari oven... 2-3 jenis yis saya try guna untuk buat roti ( mauripan, saf dan kijang), masing2 memberi rasa yang berbeza walaupun commercial yeast tu jenisnya sama saya.. Tu buat saya rasa nak try hasilkan roti dari dough yang diperam sendiri..

Kalau tengok dalam buku2 breadbaking mat saleh, sourdough ni popular betul... Lagilah saya berangan2 nak cuba.. So sedari minggu lepas saya mulakan prosesnya dengan membuat bread starter. Bread starter ni ada yis juga.. Tapi yisnya terdiri daripada pelbagai yis liar dari persekitaran.. Kalau dlm buku resepi ckp yis2 liar ni memberi rasa roti yang pelbagai juga...hiiiii lagi teruja nak rasa..

Resepi bread starter ;

Kulit mangga (daripada sebiji mangga)
3 sudu gula
Air
Tepung

{Hari 1-2}
Dalam satu balang masukkan kulit mangga, gula dan air ( sehingga tenggelam kulit mangga). Biarkan sehingga menghasilkan buih. Keluarkan kulit mangga untuk proses berikutnya.

{Hari ke 3-7}
Setiap hari tambahkan 1/3 cawan air dan 1/3 cawan tepung. Boleh dilihat pada tepung yang ditambah pada hari sebelumnya bubbling. Hidu juga bau starter tu, kalau ia berbau manis ( tapai), bermakna proses fermentasi starter berjalan dgn baik. Jika ia kelihatan kurang beraktiviti boleh letak sesudu kecil cuka untuk mengaktifkan persekitarannya ( saya tambahkan sedikit jus mangga).

{Hari ke 8 dan seterusnya}
Boleh digunakan untuk membuat roti atau terus menjadi starter (dan di beri makan..:p )

Resepi sourdough bread ;

500g tepung roti
250g starter
2 tsp garam
2 tbs gula - saya lupa letak
Air ( lebih kurang satu cawan setengah)

Campur semua bahan dan mix menggunakan hook sehingga adunan licin dan elastik - adunan yg sedia untuk dijadikan roti takka melekat pada dinding mixing bowl.
Selesai mengadun,rehatkan adunan sehingga naik sekali ganda - pastikan bowl ditutup.
Setelah naik, tumbuk adunan untuk sekatakan gas dalam adunan, rehatkan sekali lagi.
Bila doh dah naik, bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan dalam baking pan.
Rehatkan sehingga doh mengembang 3/4 baking pan dan boleh dibakar.
Bakar 200° selama 25-30 minit.
Biar sejuk sebelum dipotong.

~ oleh kerana lupa letak gula roti saya tawar- :( nak nanges!
~ roti saya dibakar dlm loaf pan
~ roti ni menggunakan starter mangga, tapi rasa mangga muncul bila roti habis dikunyah - after taste rasa tangy mangga.

Published with Blogger-droid v2.0.6