Showing posts with label carnivore. Show all posts
Showing posts with label carnivore. Show all posts

Tuesday, September 4, 2012

Resepi #5 : Savoury bread pudding

Assalamualaikum wbt.. Hari ni kita sarapan savoury bread pudding uolls.. Sebenarnya bread pudding ni ada macam2 versi tapi memandangkan ada lebihan buat kuah spaghetti bolognese, so jangan membazir, sila transformkan jadi savoury bread pudding.

Caranya ;

Ambik loaf pan - apa2 pan yg ada kt rumah tu boleh je guna.
Susun dua keping roti yang dikoyakkan pada dasar pan.
Kisarkan blackpepper, tuangkan separuh bancuhan ( 1/2cawan susu + 1 biji telur).
Letak sos spaghetti bersama chunk meatball.
Tutup dengan selapisan mozarella sagat.
*ulang cara kerja atas sampai penuh pan. - loaf pan ni kecik je. So ulang dua kali je.
Bakar selama 25min dgn 150°c api atas bawah.
Tutup pan dgn aluminium foil, 10 min terakhir baru bukak untuk bagi kesan crusty pada cheese tu. - hihi tapi saya lupa..
Ting!
Nom..nom..nom..nom..nom...

Eh lupa nak bagitau dah mkn..:)

# rasa macam lasagna.
# my version a bit lembik sbb xcukup telur
# tak yah tambah garam..mozarella biasanya a bit masin dah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, September 2, 2012

Resepi #4 : Homemade beef patties with brown sauce

Assalamualaikum wbt.. Hihi currently my blog keep talking about food.. No wonder the writer constantly fat haha.. Tapi mmg blog ni diset up untuk kongsi resepi walaupun orang tak mintak..hihi

Since im lazily lepak at home, anytime i could watching tv,  tido and watched tv back.. Unless there's some days kena dok merempit jadi despatch ka jadi PA ka or even driver.. But lucky kan ada Astro, ulangan is a must! Haha.. Jadi fav channel ialah 707.. Travel & Living Channel..

Bila dok tengok TLC all day long tu, mmg tak boleh tidak mesti dok terpengaruh ngan Man Vs Food presented by Adam Richman.. Esp part makan steak atau burgers.. Terliur ok.. Tapi memandangkan nk gi Amerika tu jauh kan, kita buat kat Malaysia je yeh...

Talking about burgers, pioneer burger kat Msia ni Ramly burgers la kot kan.. Pastu ada la memacam burgers lain muncul..Otai burgers lah, burgers oblong lah..kebelakangan ni nmpak kt fb sikit2 org upload pic burger bakar..

Ok so how to make your own burger bakar at home?

230g daging cincang - boleh guna daging biasa dan kisar dlm food processor
2 tsp ground blackpepper
1 tsp garam
11/2tbs olive oil

Gaul semua bhn. Bahagi kepada dua dan dikepal untuk di bentuk burger patty.
Panaskan grill pan, dan goreng sampai masak.
Kuarkan dari grill pan dan rehatkan patties berkenaan.

Brown sauce

2tbs butter
11/2 tbs tepung gandum
1-2 cawan air
1/3 cawan susu sejat
2 tsp ground blackpepper

Gunakan pan goreng patties tadi dan cairkan butter sehingga kecoklatan.
Masukkan tepung.pastikan tepung disaluti butter.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan whisk untuk biar adunan sos licin dan tidak terlalu pekat.
Masukkan blackpepper dan masukkan susu.
Season dgn garam.dah didih sikit dan kepekatan sedang2, sedia untuk dihidang.

Bila nak assemble ;

Toast roti! - tapi pagi ni saya mls.kuali guna buat sos..hihi
Letak tomato slice.
Letak patties.
Letak brie cheese.
Curah brown sauce.
Nom nom nom nom nom......

Eh dah habis :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 31, 2012

Resepi #1 : Meatball bolognese spaghetti

Lama sungguh tak berblog.. Lebih2 lagi bila blog lama tetiba ala2 demam malaria.. Maka hari ni saya men set up blog baru yang berfungsi untuk mengkompilasikan apa2 hasil masakan yang dah termasak sebelum ni..hihi

So kita start entry resepi dengan satu resepi mudah lagi marvelous.. Haha mun-pel je ngaku marvelous.. Tapi mmg tak tipu..husband saya tambah tiga kali ok..:)

Meatball bolognese spaghetti

Bahan;

300g spaghetti direbus - saya guna angel hair
(simpan 1 cawan air rebuan untuk sediaan memasak kuah)

300g daging cincang ramly - saya guna daging dan kisar dalam food processor
1tsp garam
1tsp ground blackpepper
2tbs olive oil

Gaul semua bahan dan dikepal bulat2.
Panaskan saute pan atau pan grill, sear meatball tadi sampai permukaan luarnya nmpk brown caramel.
Setelah selesai semua meatball di pan sear, deglaze pan dgn air untuk tanggalkan jus2 meatball tadi dan ketepi air tadi. Pan sama digunakan untuk masak sos.

Setengah biji bawang besar dicincang
11/2tbs cili boh/ cili paste
4tbs tomato puree /paste
2 bay leaf
Secubit oregano
11/2 cawan jus deglaze daging
1/2 cawan air rebusan pasta
Garam secukup rasa

Tumis bawang sehingga wangi.
Masukkan cili paste dan tumis lagi.
Masukkan tomato puree dan daun bay. Masukkan air jus daging.
Biar reneh dan masukkan meatball yang sudah pan seared tadi.
Bila kuah mula memekat masukkan air rebusan pasta dan biar lagi sehingga reduce lagi.
Perasakan dgn garam dan oregano.
Sedia untuk dihidang.

Masa on plate, taburkan daun parsley cincang. Hihi tapi memandangkan saya tiada daun parsley hari ni, saya modified dgn daun ketumbar cincang.. Haha kalau kawan kucing saya makan mesti dia komplen bau kumbang..

# resepi bolognese itali tak letak cili paste kot, klu nak hot and spicy diorg makan dgn chili flakes.. Sila kumpul chili flakes Domino's banyak2.. Ni bolognese malaysian taste lah..hihi

P/s : macam sengal nak update blog..maklum la lama cuti..hihi

Published with Blogger-droid v2.0.6