Showing posts with label baking. Show all posts
Showing posts with label baking. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Resepi # 11 : Pastry creme

Assalamualaikum wbt..
Hye semua.. Lama tak update resepi kan.. Malu je, konon2 blog resepi tapi tak update..:p

Kebelakangan ni saya agak occupied dengan durian crepe.. Memandangkan sekarang ni memang menjadi dessert kegilaan.. Alhamdulillah rezeki Allah kan.. Kalau anda semua nak rasa boleh la dapatkan dari online store saya.. :)

Hari ni saya nak share resepi pastry creme. Pastry creme ni kalau kat Malaysia lebih dikenali sebagai custard.. Pastry creme ni boleh digunakan sebagai filling macaron atau filling puff atau filling crepe. Ada macam2 cara membuatnya di internet, so saya nk tambah lagi satu resepi.. Hihi

4 biji kuning telur
90g gula
50g tepung custard
450g susu
100g cream/ whipping cream

Campurkan semua bahan dan sebatikan.
Masak secara double boil. Sentiasa dikacau sehingga adunan kental.
Setelah kental, boleh diangkat dan tutup permukaan custard dengan plastik untuk elak ia ' membentuk kulit'
Sejukkan dan sedia untuk digunakan..

Senangkan?..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, October 12, 2012

Resepi #10 : Crushed Daim chewy choc cookies

Assalamualaikum wbt
Apa khabar semua...hihi lama tak update resepi buat2 tanya khabar plak.. Bukan tak mahu update, tapi sebab memang takde projek masak atau baking yang special untuk di update..

Hari ni sebenarnya hari yang sibuk sepatutnya tapi jadi macam tak sibuk. Eh apantah statement macam ni.. Sepatutnya hari ni ada dua jenis kuih yg perlu saya buat, tapi tetiba terjadi pula kuih yang ketiga, Crushed Daim chewy choc cookies (cd3c)..

Resepi ni saya guna resepi Kak Rima Bisos a toi, bezanya dia guna crushed butterfingers, saya guna chocolate Daim. Saya tambah juga sedikit coffee pekat dan serbuk koko.


Bhn2:

3 cawan tepung ( all purpose + medium flour)
11/2 tsp baking soda
1 tsp garam

225g butter (saya guna tatura)
11/2 cup gula castor

1 biji telur gred A
2 tsp kopi pekat - bancuh dan sejukkan
2 tbs serbuk koko
15-20 bungkus coklat daim

Ayak tepung, serbuk koko,baking soda dan garam.
Hancurkan coklat Daim dgn food processor.
Bancuh kopi pekat dan sejukkan.
Panaskan oven 165° dan alas dulang pembakar.
Dalam mixing bowl masukkan butter,  gula dan telur. Pukul sampai kembang.
Masukkan bancuhan kopi dan pukul lagi.
Masukkan bhn ayak dan coklat daim yang sudah hancur.
Kacau adun sampai sebati.
Masukkan dalam piping bag dan dropkan atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 165°c selama 10-12 min (cookies saiz 50sen).

Published with Blogger-droid v2.0.6