Saturday, June 15, 2013

Resepi #13 : Beefsteak dan kentang putar sos lada hitam bersama salad timun tomato

Assalamualaikum wbt

Sekian lama tak kongsi resepi, hari ni kita keluarkan resepi steak yang menjadi kegemaran kami suami isteri..

Steak
500g daging batang pinang dipotong 2inci tebal dan diperap dengan garam dan lada hitam
2 sudu minyak zaitun

Perap daging bersama lada hiram, garam dan minyak zaitun
Panaskan kuali leper ( panaskan oven juga)
Layur daging setiap permukaan 4-6minit
Sambung masak di dalam oven dengsn mode grill selama 5-6minit
Rehatkan daging yang telah digrill selama 15min dalam bekas bertutup

Kentang putar
500g kentang rebus dan dilecek
1/3 cawan susu full cream dihangatkan
Garam dan lada hitam untuk perasakan
2 tbs butter

Rebus kentang dan lecek.
Panaskan susu dan tuang pada kentang lecek
Gaulkan sebati dan perisakan dengan garam dan lada hitam
Masukkan butter dan kacaukan sehingga sebati dan licin.

Sos lada hitam
2 tbs butter
2 tbs tepung
2 senduk stok daging (boleh guna air biasa sahaja)
1/2 cawan air
1/2 cawan susu full cream
Garam dan lada hitam
1 tbs cream cheese

Cairkan butter dan masukkan tepung. Biarkan tepung membentuk karemel ( browning)
Masukkan stok daging dan air. Biarkan didih. Masukkan susu
Perasakan dengan garam ( secukup rasa) dan lada hitam ( anggaran 2 tsp)
Biar didih dan masukkan cream cheese
Tutup api dan ketepikan

Salad
Hirisan timun
Hirisan tomato
2 tbs miyak zaitun
2 hirisan lemon
Garam

Gaulkan sayuran dengan minyak zaitunbdan perahkan lemon
Perasakan dengan garam

Cara menghidang

Letakkan salad dan kentang putar atas pinggan.
Hiris daging, masukkan daging yg telah dihiris dalam mangkuk yang ada lebihan jusnya
Siramkan dengan sos lada hitam.
Gunakan penyepit letakkan atas pinggan
Tuang juga sos lada hitam atas kentang putar
Ambil sudu dan garfu
Allahumma baariklanaa fi ma razaqtana waqina 'azabannar
Nom nom nom nom nom.... :)

Tips :
1. Buat kentang putar dan salad dulu dan sejukkan dalam peti sejuk.
2. Daging hendaklah dilembutkan secara kering, jangan direndam.
3. Jus daging yang terhasil bila daging masak boleh diguna untuk menambah rasa pada sos.

Sunday, January 6, 2013

Resepi #12 : Pavlova


Assalamualaikum wbt semua.. hihi lama tak update resepi.. Sempena tahun baru ni kita update resepi pavlova lah.. Ni pertama kali saya buat pavlova sendiri..  Purposely beli blueberry dan strawberry tu pun sebab nak buat pavlova.. Ok sekarang kita tengok resepi yeh :)

100g putih telur ( Anggaran 3 biji telur gred A)
3/4 cawan gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan - saya guna cuka cider
1/2 sudu besar tepung jagung
Oh macam biasa bila melibatkan meringue ni sebarang unsur minyak sila jauhkan dari putih telur tu ya.. Kalau tak dia tak mahu tumbuh tanduk hihi

Pukul putih telur sehingga berbuih.
Masukkan gula dan esen vanilla. Teruskan pukul sehingga bertanduk (stiff peak)
Masukkan cuka dan tepung jagung dan di fold dengan spatula
Alas loyang dengan parchment paper dan letak adunan atas kertas tersebut. Bakar selama 1 jam 15 min dengan 100c. 
Biarkan base pavlova dalam oven dengan pintu terbuka selama sejam.
 *  base pavlova dah ready bila kulit luarnya kering dan bila diusap bunyi crisp crisp..haha

Untuk creamnya saya guna non dairy cream brand Vivo
240g cream

Pukul sampai stiff peak. Letak atas atas meringue yang dah menyejuk. Letak buah2 berry potong dan ngap ngap ngap ngap...