Showing posts with label meringue. Show all posts
Showing posts with label meringue. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

Resepi #12 : Pavlova


Assalamualaikum wbt semua.. hihi lama tak update resepi.. Sempena tahun baru ni kita update resepi pavlova lah.. Ni pertama kali saya buat pavlova sendiri..  Purposely beli blueberry dan strawberry tu pun sebab nak buat pavlova.. Ok sekarang kita tengok resepi yeh :)

100g putih telur ( Anggaran 3 biji telur gred A)
3/4 cawan gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan - saya guna cuka cider
1/2 sudu besar tepung jagung
Oh macam biasa bila melibatkan meringue ni sebarang unsur minyak sila jauhkan dari putih telur tu ya.. Kalau tak dia tak mahu tumbuh tanduk hihi

Pukul putih telur sehingga berbuih.
Masukkan gula dan esen vanilla. Teruskan pukul sehingga bertanduk (stiff peak)
Masukkan cuka dan tepung jagung dan di fold dengan spatula
Alas loyang dengan parchment paper dan letak adunan atas kertas tersebut. Bakar selama 1 jam 15 min dengan 100c. 
Biarkan base pavlova dalam oven dengan pintu terbuka selama sejam.
 *  base pavlova dah ready bila kulit luarnya kering dan bila diusap bunyi crisp crisp..haha

Untuk creamnya saya guna non dairy cream brand Vivo
240g cream

Pukul sampai stiff peak. Letak atas atas meringue yang dah menyejuk. Letak buah2 berry potong dan ngap ngap ngap ngap...

Saturday, September 1, 2012

Resepi #3 : Lemon meringue pie

Sebenarnya kan saya macam tak berapa nak tahu apa beza tart dengan pie.. Basically komponennya nampak sama.. Tapi sebab resepi yang saya gunapakai ni dia bagi tajuk lemon meringue pie, jadi saya pun ikut le letak nama resepi ni gitu..hihi

Lemon meringue pie

Pastry
1 cup self raising flour
1 cup allpurpose flour
120g unsalted butter
1/3 cup castor sugar
1 yolk - white simpan untuk meringue
1/3 tsp salt
Ice water

Campurkan kedua2 tepung. Masukkan garam
Masukkan butter dan rub dgn tepung sehingga membentuk crumb - boleh guna food processor.
Masukkan kuning telur dan adunkan sehingga doh boleh digumpal menjadi bola.
Sekiranya adunan masih berderai tmbh kan air sedikit demi sedikit menggunakan sudu.
Bungkus adunan dlm cling film dan simpan dlm peti sejuk.

Lemon curd
2 lemon skin -grated
1 cup air
1/2cup lemon juice
3 tsp cornstarch
3 yolk - white for meringue
1 3/4 gula castor - saya guna 1 cup molases dan 3/4 cup castor sugar
2 tbs butter

Parut kulit lemon -ambil bhgian kuning sahaja
Perah air lemon. Jika xcukup 1/2 cup blh tmbh dgn air biasa.
Panaskan gula dan 1 cup air dalam periuk. Sementara itu kocak telur bersama air lemon. Masukkan cornstarch dan kocak lagi.
Bila air gula dh mendidih masukkan campuran kuning telur secara perlahan dan sentiasa dikacau.
Masak sehingga ia mengental. Masukkan butter dan masukkan dlm piping beg. Biarkan ia sejuk dlm peti ais.

Meringue
3 egg white
0.8 part of egg white castor sugar - jika putih telur 100g,  gula ialah sebanyak 80g.

Whisk putih telur sampai berbuih.
Sambil mesin berputar masukkan gula sedikit demi sedikit.
Teruskan pukul sehingga stif peak - stiff peak bila meringue tu bertanduk atau jika mangkuk adunan diterbalikkan selama lebih 10saat isi dalam mangkuk tak jatuh langsung.

Roll pastry crust sejuk tadi dan masukkan dlm tin pembakar.
Sejukkan sebentar dalam fridge selama 5-10min
Blind bake ( bakar tanpa isi dan atasnya letak kertas baking diisi bijirin/kekacang) selama 12 min dgn suhu 170c
Keluarkan dari oven dan keluarkan kertas dan bijirin.
Sapukan putih telur pada pastry. Bakar semula selama 5min pada suhu sama - saya terlupa step ini :(
Bila pastry ready, masukkan lemon curd dan top di atasnya dengan meringue dan bkr semula pada suhu yang sama selama 30-35 min atau sehingga meringue browning.
Biarkan sejuk seketika dlm oven dgn pintu oven terbuka.

* tindakan memarut kulit lemon akan enhance lemon mengeluarkan byk air an lebih beraroma
* jus dari sebiji lemon dah memadai sbb saya guna dua biji husband saya kata " lemon custard ni kaw sangat!"
* tepung jagung bertindakan sbagai bhn pengental custard. Jangan terlalu banyak untuk elak rasa berkapur.
* step yang saya lupa tu juga step critical sbb ia menyebabkan pastry crust cepat soggy (lembik).

Published with Blogger-droid v2.0.6